Monday, November 9, 2009

Taman Awam Miri


Selamat datang ke taman awam miri, sarawak. taman yang menjadi pilihan ramai untuk dilawati sekiranya sampai di bandar Miri ini. menariknya tempat ini adalah kerana jambatan gantungnya dan juga kolam renang khas untuk kanak-kanak.

1. Gambar diambil di pintu masuk ke taman awam Miri. tengok sahaja pintu masuk sudah tergambar suasana yang terdapat disekitar taman ini. sangat menarik untuk dilawati.




2. Bergambar bersama replika tiang kayu berukir dengan ukiran tangan. sebenarnya ini bukanlah tiang sebarangan, ini merupakan tempat menyimpan mayat bagi sesetengah suku kaun yang terdapat disarawak.







3. jambatan gantung yang dibina untuk pengunjung-pengunjung disini. kira panjang juga jambatan gantung ni, mempunyai 4 "check point" menuju ke kolam renang dan melintasi air terjun mini. bawalah keluarga anda sekiranya berasa disekitar bandar Miri. (promosi tu..hehehe)




4. Ini merupakan replika bagi menara penggalian petrolium yang terdapat di bandar Miri. Miri satu ketika dahulu merupakan sebuah perkampungan nelayan pinggir pantai dan sebahagian penduduknya berkerja sebagai pekebun getah dan kelapa. tetapi sumber petrolium pertama negara telah dijumpai di Miri iaitu dikawan Bukit Kanada.

No comments:

Post a Comment