Tuesday, January 18, 2011

Kembara Hatyai - Kuala Lumpur

Kembara Landasan Kehidupan Hatyai -Kuala Lumpur


Kembara ke Hatyai pada musim cuti sekolah banyak membawa kenangan bermakna. lebih-lebih lagi program tersebut dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama Keretapi Tanah Melayu(KTM). program ini diikuti oleh wakil-wakil deligasi dari daerah Sabak Bernam.. tapi kebanyakkan disertai oleh guru. oleh sebab itu, program ini macam program cikgu-cikgi jer..


Monday, March 8, 2010

Hari Pertunangan saya..

Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan sempena hari pertunangan saya di negeri sembilan.. dapek orang negori den ruponyo.. heheh
apo nak dikato, masuk suku pun, sukulah.. hahaha

1. tu gambar omak den dan gambar tunang den.. yang bolah kiri tu la omak den.. kanan tu omak mertuo la..

2. ni antaro barang yang diantar.. banyak juo piti den abis...






3. yang ni gambar keluarga den.. ado jiran dan sedaro den skali..





4. ni maso diorang berpantun..
"ado gulo ado garam,
ado garam ado gulo,
klu semuo dah ado,
jgn tunggu lamo-lamo..."
yeah.. esok boleh kawin!!!









Tuesday, February 23, 2010

Program Ramah Mesra Ibubapa

Program kecemerlangan dan ramah mesra ibubapa diadakan pada awal bulan setiap tahun. bagi menerangkan program yang telah dan akan dijalankan pihak sekolah atas sokongan ibubapa. ini memberikan banyak faedah kepada kedua belah pihak dan seterusnya mendekatkan lagi hubungan ibubapa dan guru-guru.
1. ramai ibubapa yang hadir memberi sokongan dan ini membuktikan keperihatinan ibubapa kepada program yang dijalankan pihak sekolah. seterusnya memberikan gambaran yang baik kepada hubungan institusi pendidikan ini. sesuai dengan Motto : "SKSM cemerlang 2010"

3. antara guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. heheh saya la tu.
SKSM cemerlang 2010!



Tuesday, February 2, 2010

Road Run SK Seri Makmur

road run ni macam merentas desa gak la..
tp sebab dah tak de desa nak direntaskan, maka tkr la nama nya jd "road run".
1. gambar ni masa guru-guru dan murid mengambil tempat untuk taklimat. penuh semangat murid sksm semua.. cikgu2 pun tak kurang jugak. tgk je lah ustaz azraei tu.. hehehe
2. ni plak pertandingan ambik gambar antara guru yang ada kamera. ehhehe memang menjadi penghibur sir syukri kat SKSM ni.
3. rumah wira yang berbaju kuning memang hebat. terutama guru nya. hehehe rumah sukan saya la tu.. rumah kuning
4. bersedia.... mula! ha.. lari laju2 sampai pensan ye.








Saturday, November 21, 2009

Selamat Tinggal IPGM, Kampus Sarawak..

Selamat tinggal IPGM, Kampus Sarawak yang tercinta.. telah banyak ilmu kau sumbangkan kepada ku.. aku ucapkan terima kasih atas segalanya.. huhuhu(sedih tu..)

banyak kenangan yang ditinggalkan disini sama ada manis dan manis. tetapi semua itu sementara.. semua sudah dirasa, kena marah, saman, buli, seksa dan yang lagi dasyat kena tekanan mental!.. itu lah KPLI..

Namun semuanya sudah berakhir.. bye..bye.. IPGM!

1. bergambar kenangan pada kelas terakhir di IPGM.. Kursus Induksi terakhir setelah hampir 3 minggu berkursus. terkejut gak aku tengok aku nie.. dah gemuk giler. orang lain semua kurus kering duk IPGM, aku gemuk plak duk sini.. nak kata ada awek kat sini, tak de plak.. kompius2..
2. sebahagian daripada guru pelatih kelas pengajian sosial, sebahagian lagi dah cabut balik tido.. letih ooo..kena dengar ceramah jer.. ambik peluang ambik gambar sebelum semua pulang bertemu keluarga tercinta.. awek tercinta ker.. isteri tercinta ker..
apa saja la..

Monday, November 9, 2009

Taman Awam Miri


Selamat datang ke taman awam miri, sarawak. taman yang menjadi pilihan ramai untuk dilawati sekiranya sampai di bandar Miri ini. menariknya tempat ini adalah kerana jambatan gantungnya dan juga kolam renang khas untuk kanak-kanak.

1. Gambar diambil di pintu masuk ke taman awam Miri. tengok sahaja pintu masuk sudah tergambar suasana yang terdapat disekitar taman ini. sangat menarik untuk dilawati.




2. Bergambar bersama replika tiang kayu berukir dengan ukiran tangan. sebenarnya ini bukanlah tiang sebarangan, ini merupakan tempat menyimpan mayat bagi sesetengah suku kaun yang terdapat disarawak.







3. jambatan gantung yang dibina untuk pengunjung-pengunjung disini. kira panjang juga jambatan gantung ni, mempunyai 4 "check point" menuju ke kolam renang dan melintasi air terjun mini. bawalah keluarga anda sekiranya berasa disekitar bandar Miri. (promosi tu..hehehe)




4. Ini merupakan replika bagi menara penggalian petrolium yang terdapat di bandar Miri. Miri satu ketika dahulu merupakan sebuah perkampungan nelayan pinggir pantai dan sebahagian penduduknya berkerja sebagai pekebun getah dan kelapa. tetapi sumber petrolium pertama negara telah dijumpai di Miri iaitu dikawan Bukit Kanada.

Saturday, October 31, 2009

Leftenan Muda KRS M.Rapi Djaafar

lokasi: Dewan Muhibbah
masa: 10 pagi
tarikh: 31 okt. 2009

Pentauliahan anggota KRS KPLI-SR Ambilan Jan 2009 seramai 41 anggota.

Punya la susah nak dapatkan 1 paku pada bahu tu..
macam2 kena lalui onak dan duri..
berkawad, berkhemah, berhujan, berpanas, berjaga, ber... dan,, ber... banyak lagi.
peh, akhirnya.. sampai juga masa yang terahir iaitu dapat 1 paku.
ingat nak tambah lagi lain kali kalau ada masa dan tenaga....