Saturday, November 21, 2009

Selamat Tinggal IPGM, Kampus Sarawak..

Selamat tinggal IPGM, Kampus Sarawak yang tercinta.. telah banyak ilmu kau sumbangkan kepada ku.. aku ucapkan terima kasih atas segalanya.. huhuhu(sedih tu..)

banyak kenangan yang ditinggalkan disini sama ada manis dan manis. tetapi semua itu sementara.. semua sudah dirasa, kena marah, saman, buli, seksa dan yang lagi dasyat kena tekanan mental!.. itu lah KPLI..

Namun semuanya sudah berakhir.. bye..bye.. IPGM!

1. bergambar kenangan pada kelas terakhir di IPGM.. Kursus Induksi terakhir setelah hampir 3 minggu berkursus. terkejut gak aku tengok aku nie.. dah gemuk giler. orang lain semua kurus kering duk IPGM, aku gemuk plak duk sini.. nak kata ada awek kat sini, tak de plak.. kompius2..
2. sebahagian daripada guru pelatih kelas pengajian sosial, sebahagian lagi dah cabut balik tido.. letih ooo..kena dengar ceramah jer.. ambik peluang ambik gambar sebelum semua pulang bertemu keluarga tercinta.. awek tercinta ker.. isteri tercinta ker..
apa saja la..

Monday, November 9, 2009

Taman Awam Miri


Selamat datang ke taman awam miri, sarawak. taman yang menjadi pilihan ramai untuk dilawati sekiranya sampai di bandar Miri ini. menariknya tempat ini adalah kerana jambatan gantungnya dan juga kolam renang khas untuk kanak-kanak.

1. Gambar diambil di pintu masuk ke taman awam Miri. tengok sahaja pintu masuk sudah tergambar suasana yang terdapat disekitar taman ini. sangat menarik untuk dilawati.




2. Bergambar bersama replika tiang kayu berukir dengan ukiran tangan. sebenarnya ini bukanlah tiang sebarangan, ini merupakan tempat menyimpan mayat bagi sesetengah suku kaun yang terdapat disarawak.







3. jambatan gantung yang dibina untuk pengunjung-pengunjung disini. kira panjang juga jambatan gantung ni, mempunyai 4 "check point" menuju ke kolam renang dan melintasi air terjun mini. bawalah keluarga anda sekiranya berasa disekitar bandar Miri. (promosi tu..hehehe)




4. Ini merupakan replika bagi menara penggalian petrolium yang terdapat di bandar Miri. Miri satu ketika dahulu merupakan sebuah perkampungan nelayan pinggir pantai dan sebahagian penduduknya berkerja sebagai pekebun getah dan kelapa. tetapi sumber petrolium pertama negara telah dijumpai di Miri iaitu dikawan Bukit Kanada.

Saturday, October 31, 2009

Leftenan Muda KRS M.Rapi Djaafar

lokasi: Dewan Muhibbah
masa: 10 pagi
tarikh: 31 okt. 2009

Pentauliahan anggota KRS KPLI-SR Ambilan Jan 2009 seramai 41 anggota.

Punya la susah nak dapatkan 1 paku pada bahu tu..
macam2 kena lalui onak dan duri..
berkawad, berkhemah, berhujan, berpanas, berjaga, ber... dan,, ber... banyak lagi.
peh, akhirnya.. sampai juga masa yang terahir iaitu dapat 1 paku.
ingat nak tambah lagi lain kali kalau ada masa dan tenaga....

Monday, October 5, 2009

Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2009

perkhemahan yang dijalankan di IPGM pada 5-8 okt. 2009..




Sunday, September 13, 2009

Selamat Hari Raya..

selamat hari raya dari aku sekeluarga..

Monday, September 7, 2009

Salam Ramadhan..


Salam Ramadhan..
Sempena datangnya bulan yang penuh keberkatan ini.. rebutlah peluang untuk menambahkan koleksi pahala anda.
semoga kita menggunakan sebanyak masa yang mungkin untuk mencari malam yang sangat2 diimpikan.. malam Lailatul qadar.
aku sekeluarga mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dengan cemerlang dan diterima oleh Nya.. amin..

Pantai Esplanade Miri..




Pantai Esplanade merupakan antara pantai yang terdapat di bandar Miri, sarawak. suasana pantai yang sangat menarikuntuk dilawati. terutama kepada pengunjung muda-mudi. boleh dikatakan setiap hari pantai esplanade dipenuhi dengan pengunjung.

keadaan dan suasana semakin meriah dikala cuti hujung minggu.. time ni awek memang ramai. hehehe.. seksi, menarik, tertarik,
mengancam dan banyak lagi istilah yang boleh diguna pakai untuk
menggambarkan keadaan sebenar. tapi itu sume dapat lihat jer..
hehehehe

SK Kidurong II dalam kenangan..



Sekolah Kidurong II, Bintulu.


Sekolah ini bermula pada 1998. Ia hampir genap 11 tahun. SK Kidurong 2 dibina untuk menampung keperluan penduduk setempat kesan ledakan kependudukan disebabkan pembangunan industri berat yang pesat di kawasan kidurong.


sekolah kidurong adalah sekolah praktikum saya..
saya abadikan kenangan disini untuk semua.
terima kasih sekolah kidurong 2.

Saturday, June 6, 2009

Aktiviti setiap malam..

aktiviti biasa setiap malam selepas makan..
hehehe
nie la tempat bermasyuarat kami setiap malam. apa saje masalah berkaitan kuarters, kerja, kereta, rumah dan sebagainya dibincangkan, diluahkan disini. dalam gambar tu sume kawan opis dulu.. teringat plak masa dulu2 time lepak2 kat sini..

Friday, June 5, 2009

tk sabar nak balik kampung wat kali pertama masa kursus KPLI. rasa seronok sangat tak terhingga bertemu keluarga.. nie la kenangan bergambar ngan kapal terbang semasa nak masuk dalam.. tak sangka plak kena masuk macam ni.. jalan tgh2 lapangan tu.. tu yang ambik peluang ambik gambar sebagai bukti. hehehe

Thursday, March 12, 2009

Bukit Tinggi,Pahang 12 Mac 2009

Suasana sejuk memang terasa dipuncak bukit nie.. banyak tempat yang menarik.
bawalah keluarga klu nak jalan2 disini. awek pun boleh.. hehehe
jangan lupa bawa kamera sbb banyak perkara yang boleh jadi kenangan nanti.. aku dah kena, tak bawa kamera waktu tu, nie pakai phone nye kamara jer..
tp ok la sbb kualiti gambar power.. phone mahal la katakan..





1. Bergambar bersama kereta kuda yang terdapat dipintu masuk
yang digunakan oleh pejuang MKM tahun 1880an.
2. Wanita yang pertama menjejakkan kaki di kota permata bersama penulis.. hehehe
3.Jambatan masuk ke dalam kota, bersama-sama penaja jambatan ke kota permata.. dato' Rapi.
4. pandangan bangunan didalam kota

Monday, March 9, 2009

Lepak makan2 kat pantai IPG anjuran P.Sosial


Gambar semasa kelas buat majlis makan bersantai dan bbq kat pantai depan IPG. bersempena dengan hari marah dan tension sedunia.. masa nie, sume orang asit nak marah2.. jd sebagai menghilangkan dan mengurangkan perkara dari terus buruk.
maka majlis makan2 ni dianjurkan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. iaitu unit majlis makan2 kelas pengajian sosial yang diketuai oleh kak ita.
sumber kewangan daripada tajaan kelas dan sumbangan induividu yang baik hati..
menu memang best..
suhardi sumbang umai ikan yu...
norliana sumbang ayam rendang+nasi+dll..
bebudak lain buat bodo jer.. hehe sumbang tenaga nak bakar ayam.