Saturday, November 21, 2009

Selamat Tinggal IPGM, Kampus Sarawak..

Selamat tinggal IPGM, Kampus Sarawak yang tercinta.. telah banyak ilmu kau sumbangkan kepada ku.. aku ucapkan terima kasih atas segalanya.. huhuhu(sedih tu..)

banyak kenangan yang ditinggalkan disini sama ada manis dan manis. tetapi semua itu sementara.. semua sudah dirasa, kena marah, saman, buli, seksa dan yang lagi dasyat kena tekanan mental!.. itu lah KPLI..

Namun semuanya sudah berakhir.. bye..bye.. IPGM!

1. bergambar kenangan pada kelas terakhir di IPGM.. Kursus Induksi terakhir setelah hampir 3 minggu berkursus. terkejut gak aku tengok aku nie.. dah gemuk giler. orang lain semua kurus kering duk IPGM, aku gemuk plak duk sini.. nak kata ada awek kat sini, tak de plak.. kompius2..
2. sebahagian daripada guru pelatih kelas pengajian sosial, sebahagian lagi dah cabut balik tido.. letih ooo..kena dengar ceramah jer.. ambik peluang ambik gambar sebelum semua pulang bertemu keluarga tercinta.. awek tercinta ker.. isteri tercinta ker..
apa saja la..

Monday, November 9, 2009

Taman Awam Miri


Selamat datang ke taman awam miri, sarawak. taman yang menjadi pilihan ramai untuk dilawati sekiranya sampai di bandar Miri ini. menariknya tempat ini adalah kerana jambatan gantungnya dan juga kolam renang khas untuk kanak-kanak.

1. Gambar diambil di pintu masuk ke taman awam Miri. tengok sahaja pintu masuk sudah tergambar suasana yang terdapat disekitar taman ini. sangat menarik untuk dilawati.




2. Bergambar bersama replika tiang kayu berukir dengan ukiran tangan. sebenarnya ini bukanlah tiang sebarangan, ini merupakan tempat menyimpan mayat bagi sesetengah suku kaun yang terdapat disarawak.







3. jambatan gantung yang dibina untuk pengunjung-pengunjung disini. kira panjang juga jambatan gantung ni, mempunyai 4 "check point" menuju ke kolam renang dan melintasi air terjun mini. bawalah keluarga anda sekiranya berasa disekitar bandar Miri. (promosi tu..hehehe)




4. Ini merupakan replika bagi menara penggalian petrolium yang terdapat di bandar Miri. Miri satu ketika dahulu merupakan sebuah perkampungan nelayan pinggir pantai dan sebahagian penduduknya berkerja sebagai pekebun getah dan kelapa. tetapi sumber petrolium pertama negara telah dijumpai di Miri iaitu dikawan Bukit Kanada.